About Me
Blog Archive
-
▼
2009
(129)
-
►
May
(23)
- Kisah Bukit Kepong Masih Dalam Ingatan
- Menanti di Penanti, Akhirnya PKR Memenangi
- Mama Dapat Tukar Tempat Kerja
- Apa Beza Cerita-cerita Zaman Dahulu dan Sekarang?
- Happy Birthday !!!
- 18 Mei, UKM 39 Tahun.
- No More Pondok Panas. OK !!!
- Design Logo - Mumtaz Consultant
- Not Approved - Prayer For Muslim Staff During Offi...
- Adakah Ianya Satu Galakan?
- Bersatu !!!!!
- DUN N.12 Penanti, Pulau Pinang
- Kewajipan Berwasiat, Bertaubat Sebelum Tidur
- Ucapan Muhyidin Semasa MAGAJ @ UKM
- Hari Guru & Hari Jururawat Sedunia
- Selamat Hari Lahir Mama & Selamat Hari Ibu
- Satu Sekolah Untuk Semua
- Friendship Award
- Entrepreneurship & Youth - A Learning Network 2009...
- Runtuh BN, Tegaklah Politik Baru
- Aeman - Anak Soleh
- Bowling @ Metro Point Kajang
- Hari Ibu ... Jom Hayati Video Ini
-
►
May
(23)
Link
Posted by mie Links to this post
Labels: Azmi
“Barang siapa yang mengambil pinjaman dengan niat melunaskan, Allah akan memudahkan pembayarannya dan dengan niat melesapkan, maka Allah akan membinasakan orang itu” (Riwayat Al-Bukhari)
Posted by mie Links to this post
Posted by mie Links to this post
Labels: Malaysia, Program Lunas Harapan, PTPTN
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin
0 comments Published by mie on Monday, September 21, 2009 at 4:35 PMAmpun dan maaf saya pinta kepada semua sahabat handai, jika ada terkasar bahasa dan ada yang menyakitkan hati.
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin
(",)
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin
(",)
Posted by mie Links to this post
Labels: Azmi
Promotion : Nuin Corner
Address : No. 22-G-01, Jalan Medan PB2A, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor. (Belakang Al-Ikhsan Factory Store)
(25 Ogos hingga 19 September 2009)
Posted by mie Links to this post
Dalam kerendahan hati, ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta, ada kekayaan jiwa. Dalam kelembutan lidah, ada keterlanjuran kata. Dalam gurau senda, ada khilaf & dosa. Harap dimaafkan segala2nya. "SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK, SEMOGA PUASA KITA DITERIMA ALLAH"
Selamat menunaikan ibadah puasa. InsyaALLAH (",)
Selamat menunaikan ibadah puasa. InsyaALLAH (",)
Posted by mie Links to this post
Labels: Azmi
Politik semakin menjadi-jadi. Oleh sebab itu saya sarankan agar ISA dipergunakan sepenuhnya agar demonstrasi haram ini tidak berlaku lagi. Ini kerana ianya menyusahkan rakyat jelata terutama sekali para peniaga yang menjalankan aktiviti perniagaan mereka di situ.
Semalam baca surat khabar, ada satu kawan kita kata. Mengapa demonstrasi ini tidak dibuat di Petaling Street @ Brickfield, tempat di mana ramai peniaga Cina dan India. Hmm, menarik juga ya. Tetapi apa yang sedihnya demonstrasi dibuat di tempat ramai peniaga Melayu. Yang ramai ikut demonstrasi pun Melayu. Semangat betul orang Melayu, tapi dalam masa yang sama Melayu diperkudakan oleh pihak tertentu. Oh tidak. Memang teruk. Teruk3x.
Dipetik dari Bernama.
Semalam baca surat khabar, ada satu kawan kita kata. Mengapa demonstrasi ini tidak dibuat di Petaling Street @ Brickfield, tempat di mana ramai peniaga Cina dan India. Hmm, menarik juga ya. Tetapi apa yang sedihnya demonstrasi dibuat di tempat ramai peniaga Melayu. Yang ramai ikut demonstrasi pun Melayu. Semangat betul orang Melayu, tapi dalam masa yang sama Melayu diperkudakan oleh pihak tertentu. Oh tidak. Memang teruk. Teruk3x.
Dipetik dari Bernama.
Pepatah Melayu menyebut "melentur buluh biarlah dari rebung" bermaksud jika mahu mendidik seorang anak sebaiknya ia hendahlah bermula sedari kecil.
Namun insiden di tengah ibu kota pada Sabtu lalu, yang menyaksikan kanak-kanak dan remaja terlibat dalam satu perhimpunan haram didalangi parti-parti politik menimbulkan persoalan apakah bentuk didikan yang ingin diterap oleh mereka yang berkenaan itu.
Berpegang pada alasan perhimpunan dirancang secara aman, penganjur dan mereka yang menyokongnya mungkin berpendapat tidak salah mengheret anak-anak di tengah panas terik matahari untuk tujuan itu.
Ia acara santai, hujah Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub, yang juga antara orang kuat dalam menganjurkan perarakan membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) itu ketika diminta mengulas rasional melibatkan kanak-kanak dan remaja dalam protes jalanan tersebut.
"Seperti apa yang telah saya sebutkan banyak kali, perhimpunan yang kita anjurkan sebelum ini adalah satu perhimpunan yang aman, (untuk) bersantai dan memang saya banyak kali menyatakan boleh bawa anak-anak dan isteri kita bersama-sama," katanya.
Malah, menurut Salahuddin, mereka merancang untuk bersurai selepas satu jam berhimpun.
Sekalipun mengakui peserta perhimpunan haram berisiko disembur air dan dilontar gas pemedih mata, Salahuddin berkata insiden pada hari berkenaan berpunca daripada pihak polis yang tidak mahu memberi kerjasama kepada mereka.
"Bukan kami tak tahu risiko, tapi kami ada niat nak berhimpun secara aman. Kalau kami ada niat tak baik buat apa kami nak isytiharkan rancangan kami," katanya.
Ironinya itulah yang berlaku pada Sabtu lalu apabila pihak polis yang sebelum ini berulang kali meminta penganjur membatalkan perhimpunan, bertindak melepaskan tembakan gas pemedih mata dan menyembur air selepas keadaan menjadi tidak terkawal.
Lebih buruk lagi apabila segelintir mereka yang ditahan polis kerana menyertai perhimpunan haram itu adalah kanak-kanak dan remaja, sekali gus memberi ruang kepada parti politik yang mendalangi protes untuk terus mengecam pihak berkuasa.
Bagi pemerhati politik pula, protes jalanan menggunakan "perisai kanak-kanak" itu adalah taktik pengecut tetapi berkesan untuk menarik perhatian masyarakat.
"Taktik ini bukan suatu yang asing. Dulu Hindraf pun buat macam ini. Penggunaan kanak-kanak ini efektif sebab secara automatik meletakkan pihak berkuasa dalam keadaan serba salah untuk mengambil tindakan secara fizikal," kata Asri Salleh, pensyarah di Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi Mara kampus Dungun, Terengganu.
Beliau berpendapat tindakan membabitkan kanak-kanak dalam isu yang diperjuangkan lebih mudah mendapatkan simpati umum.
"Memang tidak wajar sama sekali mereka membabitkan kanak-kanak sebab mereka tidak faham apa yang berlaku sebenarnya. Tetapi kini ia sudah menjadi trend.
"Kita faham ada yang terbabit dalam perhimpunan itu adalah keluarga kepada mereka yang pernah ditahan di bawah ISA, tetapi wajarkah meletakkan anak-anak dalam keadaan bahaya seperti itu," katanya.
Atau, kata Asri, parti pembangkang melihat kanak-kanak itu sebagai "collateral damage" iaitu korban sampingan demi mencapai agenda mereka.
"Pada mereka walaupun keselamatan kanak-kanak dan remaja itu terjejas, ia tidak sampai mengorbankan nyawa jadi halallah apa yang mereka lakukan," katanya.
Persoalannya jika benar pembangkang mahu menjadikan golongan lemah seperti kanak-kanak sebagai korban sampingan, tidakkah mereka terfikir kesan psikologi yang dialami oleh golongan itu.
Pakar perunding psikologi dari Malaysian Psychology Centre Dr Edward Chan berkata pengalaman ditahan polis boleh meninggalkan kesan mendalam kepada kanak-kanak dan remaja berkenaan.
"Ini akan menjadi satu trauma kerana mereka akan merasa tertekan seolah-olah keselamatan dan kebebasan mereka terancam," katanya.
Chan berkata kanak-kanak yang melihat demonstrasi jalanan seperti yang berlaku pada Sabtu lepas akan juga dibayangi igauan.
"Lebih buruk lagi jika mereka melihat sendiri perlakuan ganas dalam satu-satu demonstrasi," katanya.
Akibatnya, kata Chan, kanak-kanak ini akan membesar dengan pemikiran yang negatif terhadap pihak berkuasa dan juga terhadap kerajaan jika sesuatu isu itu tidak dijelaskan dengan baik kepada mereka.
Bersetuju dengan pandangan pakar psikologi itu, pemerhati politik menyimpulkan bahawa tindakan parti pembangkang berhubung perkara itu boleh merosakkan masa depan kanak-kanak dan remaja.
Prof Dr Ahmad Atory Hussain daripada Universiti Sains Malaysia berkata: "Ini strategi murahan yang tidak membawa sebarang makna. Mereka gunakan kanak-kanak dan apabila kanak-kanak ini cedera terkena gas pemedih mata, kena tangkap, mereka (parti pembangkang) salahkan polis.
"Soalnya siapa yang membawa anak-anak ini mengikuti satu perhimpunan yang tidak dibenarkan?"
Sememangnya pengorbanan yang dilakukan golongan kanak-kanak dan remaja itu tidak membawa makna besar khususnya dalam konteks tujuan perhimpunan haram itu diadakan iaitu menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin bagi mendesak agar ISA dimansuhkan.
Ini kerana Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapan sulungnya sebagai Perdana Menteri pada April lalu telahpun bersetuju untuk meneliti semula akta itu yang didakwa golongan anti-ISA sebagai bertentangan dengan hak asasi manusia.
Namun jika hak asasi manusia menjadi isu yang diperjuangkan mereka, bagaimana pula dengan hak asasi kanak-kanak dan remaja itu yang turut diseret dalam kancah permainan politik orang dewasa?
Selamat hari lahir buat adik aku, Muhamad Faisal Bin Zulkipli. Semoga panjang umur dan murah rezeki. Jaga kerja elok-elok. Semoga berjaya dalam kerjaya anda. InsyaALLAH
Posted by mie Links to this post
Labels: Azmi, Family a.k.a Keluarga, Malaysia
Program Permbinaan Revolusi Oknum (ProBIRO)
1 comments Published by mie on Friday, July 31, 2009 at 12:41 AMProgram Pembinaan Revolusi Oknum (ProBIRO)
Tarikh : 31 Julai 2009 - 2 Ogos 2009
Tempat : Hutan Rimba Komanwel, Rawang, Selangor.
Anjuran : Persatuan Mahasiswa Anak Johor (PERMAJ)
"Cetusan Revolusi Membina Peribadi"
Tarikh : 31 Julai 2009 - 2 Ogos 2009
Tempat : Hutan Rimba Komanwel, Rawang, Selangor.
Anjuran : Persatuan Mahasiswa Anak Johor (PERMAJ)
"Cetusan Revolusi Membina Peribadi"
- Semua senior dan alumni PERMAJ dijemput hadir sama program ini.
- Semoga semua yang dirancangkan berjalan dengan lancar.
- Berharap agar program ini memberikan manfaat kepada para junior (agar dapat mengenali PERMAJ dengan lebih mendalam, berkenalan dengan PERMAJ, mendekati PERMAJ, melakukan sesuatu yang berfaedah di dalam PERMAJ dll) dan juga kepada para Exco PERMAJ (agar dapat mengeratkan hubungan sedia ada sesama exco dan alumni seterusnya pihak pentadbiran UKM, agar lebih matang dalam membuat program dll)
- Sama-sama kita berfikiran lebih terbuka dalam apa jua perbuatan dan tindakan kita. InsyaALLAH.
- Satu benda yang perlu adik-adik berfikir; "Jangan fikir apa PERMAJ boleh lakukan pada diri anda, fikirkan apa yang anda boleh lakukan pada PERMAJ. InsyaALLAH suatu hari nanti kita akan berjaya."
- Apa yang penting... KERJASAMA !!! [wonderpets]
Ini pula tentatif Program Pembinaan Revolusi Oknum (ProBIRO)
31 Julai 2009 (Jumaat)
8.00 malam : Pendaftaran peserta / Taklimat awal
8.30 malam : Bertolak ke Hutan Lipur, Taman Rimba Komanwel, Bukit Lagong,
Rawang.
10.00 malam : Tiba di kem / Taklimat ringkas / Solat
11.00 malam : Ice Breaking / Pembahagian kumpulan
11.30 malam : Minum malam / Rehat
Sabtu (1 Ogos 2009)
5.30 pagi : Tadbir diri / Solat Subuh / Kuliah Subuh
7.00 pagi : Senaman pagi / J-Robik
7.45 pagi : Sarapan Pagi
8.30 pagi : LDK 1 (Group Binding)
10.30 pagi : Kudapan
11.00 pagi : LDK 2 (Projek oh Projek)
12.30 t/hari : Makan Tengahari / Solat Zohor
2.30 petang : LDK 3 (Revolusi Minda)
4.30 petang : Solat Asar
5.00 petang : Riadah Berkumpulan
6.45 petang : Makan Malam
7.15 malam : Tadbir diri / Solat Maghrib / Tazkirah / Solat Isyak
9.00 malam : Pembentangan Projek
11.00 malam : PERMAJ Starz (Campfire)
12.30 malam : Rehat
Ahad (2 Ogos 2009)
5.30 pagi : Tadbir diri / Solat Subuh
6.30 pagi : Sarapan pagi
7.00 pagi : Jejak Belantara
9.00 pagi : Slot Alumni
10.30 pagi : Pengenalan Exco & urusetia / Rumusan dari Exco-exco
11.30 pagi : Kemas Barang / Khemah / Makan Tengahari
12.15 t/hari : Majlis Perasmian Penutupan oleh YB Prof. Dato' Dr. Mohamad Abdul Razak (Timbalan Naib Canselor, HEP)
2.00 petang : Sesi Bergambar / Gotong – royong membersihkan kawasan perkhemahan
3.00 petang : Solat Zohor / Bertolak ke UKM
- Minta maaf kepada semua jika ada terkasar bahasa, banyak berkata dan lain-lain kata. :)
- Semoga kita semua berada dalam keadaan sihat sejahtera. (",)
Posted by mie Links to this post
Labels: Azmi, MA ZN Enterprise, Malaysia, PERMAJ, Universiti
Subscribe to:
Posts (Atom)
Labels
- Award (4)
- Azmi (536)
- Blog (16)
- Cerita (2)
- Design (9)
- Download (8)
- Dunia (9)
- Family a.k.a Keluarga (26)
- Gambar (6)
- Haiwan (2)
- Islam (73)
- Kawan2 (11)
- Kisah (21)
- Lagu (9)
- Link (1)
- MA ZN Enterprise (2)
- Malaysia (279)
- Matematik (7)
- Melayu (135)
- Pemimpin (44)
- PERMAJ (36)
- Pesanan (2)
- Politik (9)
- Program (25)
- Program Lunas Harapan (1)
- PTPTN (2)
- Renungan (1)
- Tag (6)
- Universiti (34)
- Video (7)








